Ketiga: untuk jasad saudara
- peliharalah kesihatan saudara. Segera berjumpa doctor supaya saudara diperiksa kesihatan. Jika saudara dikesan menghidapai apa-apa penyakit, lekas-lekas mencari penawarnya. Sentiasalah saudara mengambil berat tentang sebab-sebab kesihatan diri dan penjagaannya. Jauhilah sebab-sebab yang mendatangkan kelemahan badan.
- jika mampu, janganlah sekali-kali saudara merokok. Ia terbukti memudharatkan. Membahayakan kesihatan diri dan orang lain. Juga memusnahkan wang .
- hendaklah saudara menjaga kebersihan dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari rumahtangga saudara, pakaian saudara, makan minum saudara, tubuh badan dan tempat bekerja. Ketahuilah agama islam itu ditegakkan atas dasar kebersihan.
Keempat: untuk akhlak saudara
- hendaklah saudara bersifat belas kasihan, pemurah dan bertolak ansur. Dalam hal ini saudara hendaklah memaaf dan mengampunkan kesilapan orang lain. Sentiasa bersabar dan bertenang. Bukan sahaja terhadap sesama manusia, tetapi terhadap haiwan pun hendaklah saudara bertimbang rasa.
- berkelakuan baik terhadap orang ramai. Memelihara sopan santun pergaulan secara islam. Saudara hendaklah belas kasihan kepada anak kecil dan menghormati orang-orang tua. Memberi laluan dalam majlis dan melapangkan tempat untuk mereka. Janganlah mengintai-intai dan mengumpat-umpat serta menceroboh. Sebaliknya saudara terlebih dahulu meminta izin jika hendak masuk ke sesuatu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya.
- tuntutlah hak saudara dengan cara yang baik. Tunaikanlah hak orang lain dengan sepenuhnya tanpa perlu dituntut-tuntut, diungkit-ungkit dan tidak berlengah-lengah.
- percakapan saudara hendaklah ungkapan yang benar. Walau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara. Jangan sesekali berdusta. Nanti lidah saudara akan ditanya tentang apa yang dikata tapi anggota lain yang menjawabnya.
- hiasilah diri dengan sifat pemalu, halus perasaan dan mudah terkesan dengan sama ada dengan sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk. Tunjukkan kegembiraan dengan sesuatu yang baik dan simpati dengan sesuatu yang buruk.

0 comments:
Catat Ulasan