Ketujuh : untuk agama saudara
letakkan diri saudara sebagai seorang tentera yang sentiasa bersiap sedia hanya menunggu perintah untuk mara dan bertindak.
hendaklah saudara bekerja untuk menyebarkan fahaman islam pada segenap ceruk desa dan rantau. Dalam menjalankan pekerjaan ini, hendaklah saudara sentiasa berhubung rapat dengan mereka yang sudah terlibat dan berpengalaman.
hendaklah saudara seberapa daya upaya berusaha menghidupkan adat-adat yang bercorak islam. Sebaliknya mematikan budaya asing dalam semua lapangan hidup termasuk cara memberi hormat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, alat-alat rumah tangga, masa bekerja dan cuti, masa berehat dan makan minum, cara-cara datang dan pulang, cara berduka dan bergembira dan sebagainya. Dalam semua adat ini hendaklah saudara beramal dengan sunnah rasulullah s.a.w.
tanamkan dalam diri saudara cita-cita dan keazaman yang tinggi untuk mati syahid dan bersedia seberapa daya upaya untuk berjihad serta mati bersama para syuhada’.
hendaklah saudara gagah dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap ini tidaklah bererti menghalang saudara daripada bergurau senda dan bergelak ketawa dengan senyuman.
hendaklah saudara pulaukan segala badan atau pertubuhan yang menentang ideologi islam yang maha suci. Pulaukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.
Kelapan : untuk jiwa saudara
janganlah saudara berputus asa terhadap Allah tabaraka wataala. Sentiasalah beringat kepada hari akhirat dan bersedia untuknya. Berusahalah setiap hari untuk menuju keredhaan allah dengan hemah dan keazaman yang kuat.
hendaklah saudara sentiasa memberbaharui taubat. Beristighfar memohon ampun kepada Allah. Bukan sahaja daripada dosa-dosa besar, tetapi juga daripada dosa-dosa kecil juga saudara menjauhinya.
hendaklah saudara perangi hawa nafsu saudara sehebat-hebatnya. Biar saudara yang memimpinnya bukan saudara dipimpin. Tundukkkan pandangan saudara. Kuasailah desak kemahuan semula jadi dalam diri dan arahkanlah hala tuju semua itu ke arah kebaikan. Elakkan daripada sesuatu yang haram.
masa saudara hendaklah dijaga sebaik-baiknya kerana itulah merupakan umur hidup saudara. Maka janganlah saudara menghabiskan masa itu walau sedikit kepada pekerjaan yang tidak berfaedah. Malah saudara juga perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhat atau perkara yang kurang jelas hukumnya supaya terselamat daripada perkara yang haram.
sebelum tidur pastikan saudara memperuntukkan masa untuk menyoal diri sendiri tentang kebaikan yang saudara kerjakan dan kejahatan yang telah saudara terlanjur.
Untuk semua perkara itu:
hendaklah saudara bermuhasabah tentang sejauh manakah saudara telah menunaikan kewajipan-kewajipan tersebut. Jika saudara telah berpuas hati terhadap apa yang saudara telah lakukan, bersyukurlah. Tetapi jika saudara dapati masih ada lagi kekurangan, maka bertaubatlah dan minta ampunlah kepada Allah. Kerana, Allah sebaik-baik pengawal dan sebaik-baik pembantu.

0 comments:
Catat Ulasan