Kelima: untuk poket saudara
- janganlah saudara berlumba-lumba mencari pekerjaan di jabatan kerajaan dengan cara yang tidak betul. Ketahuilah jabatan kerajaan sesempit-sempit pintu rezeki dan cara yang tidak betul tiada keberkatan padanya. Tetapi, janganlah saudara terus menolak apabila peluang mendatanhg. Juga jangan saudara melepaskan pekerjaan dalam jabatan kerajaan kecuali kalau benar-benar pekerjaan itu berlawanan dengan kewajipan saudara sebagai seorang islam.
- hendaklah saudara mebuat apa-apa pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya raya. Campakkan diri saudara ke dalam apa jua pekerjaan walau apa jua martabat dan pengetahuan yang saudara ada.
- hendaklah saudara berhati-hati supaya menunaikan tugas dengan cukup amanah . jangan sesekali saudara cuba menipu masa, tugas dan tempat. Setiap tugas saudara adalah dikira ibadah.
- wang saudara, hendaklah saudara menabung sebagahian daripadanya demi untuk masa-masa kecemasan saudara walaupun sedikit. Jangan saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan yang tidak mustahak.
- hendaklah saudara menyumbangkan sedikit daripada harta saudara untuk pergerakan islam. Jangan lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Malah hendaklah saudara peruntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong mereka yang memerlukan dan yang putus rezeki walaupun pendapatan saudara adalah kecil.
- jauhkan diri daripada semua amalan riba dalam semua muamalah jual beli malah bebaskan diri dari segala cengkaman itu. Hendaklah saudara menggunakan harta umat islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi.
- Berhati-hatilah menggunakan wang saudara supaya jangan sesekali keciciran walau sesen pun ke tangan pihak yang bukan islam walau apa jua keadaan. Pastikan juga saudara tidak makan dan pakai melainkan apa yang dihasilkan oleh orang islam.
- hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan yang kotor apatah lagi menghampirinya malah hendaklah juga saudara menjauhi cara hidup yang mewah dan senang lenang.
- hendaklah saudara menjauhkan diri dari permainan judi walau apa jenisnya dan tujuannya. Samalah seperti saudara menjauhkan diri daripada sumber-sumber yang haram walaupun di sebalik itu ada keuntungan yang boleh didapati secara serta-merta.
Keenam: untuk orang lain
- hendaklah saudara menunaikan dengan tepat sebarang kota dan janji saudara. Jangan sama sekali memungkirinya dengan 1001 alasan. Alasan akan membuat saudara merana.
- Saudara perlu memiliki sifat berani dan tahu memikul tanggungjawab. Semulia-mulia sifat berani itu ialah berani berterus terang dalam perkara yang benar walaupun pahit. Sanggup menyimpan rahsia. Berani mengakui kesilapan sendiri. Akui kekurangan diri dan mengawal emosi diri ketika marah.
- berkewajipan saudara berlaku adil dan betul dalam menjalankan sesuatu hukuman walau apapun perkaranya. Jangan saudara lupakan kebaikan orang lain dengan sebab marah kepadanya. Jangan pula saudara memejam mata daripada kejahatan-kejahatan orang lain dengan sebab sayang kepadanya. Budi orang hendaklah dikenang walau ketika bermusuhan. Khianat orang hendaklah diingat walau ketika berkawan.
- jauhilah daripada bergaul dengan rakan-rakan yang jahat dan kawan-kawan yang rosak akhlak. Juga tempat-tempat maksiat dan dosa.
- saudara hendaklah sentiasa merendah diri tetapi bukanlah kerana hina atau bertongkat kepada orang lain. Apabila saudara meminta sesuatu, hendaklah permintaan itu kurang dari martabat saudara supaya dengan demikian saudara dapat mencapai martabat itu dengan kebenaran.
- hendaklah saudara benar-benar cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan. Sehinggalah sampai ke tahap saudara merasa gembira dan bahagia apabila dapat memberi khidmat kepada orang lain. Untuk maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang yang berhajat. Menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan orang-orang yang ditimpa bencana sekalipun sekadar dengan kata-kata yang manis. Jangan sesekali tinggal kerja-kerja kebajikan.

0 comments:
Catat Ulasan